" F l o w e r "

flaw

Hi Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "
{p/s Leave your comments there if you have anything or just follow me on my social networks! Walaaa!}



1 CiTiZEN : e-Peraturan}
23 Feb 2013 | 01:05 | 0Comment

 
 
 


Apakah itu jenayah siber ? Jenayah siber merupakan jenayah yang baharu pada abad ini. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.
Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.

Jenayah siber ini juga turut dikenali sebagai jenayah komputer,jenayah digital,e-jenayah dan jenayah elektronik. Jenayah dilakukan untuk manakut kan orang ramai, melakukan penipuan dan mencuri maklumat berharga.
Contoh jenayah siber ialah penipuan perbankan dalam talian, kekasaran, pelanggaran harta intelektual, pencerobohan dan kesalahan melapor


Punca jenayah siber adalah untuk menyatakan bantahan, mendapatkan wang, memalsukan dokumen dan mencuri identiti ;)


Kesan jenayah siber ialah hilang keuntungan/hasil, membazirkan masa, mencemarkan reputasi, mengurangkan produktiviti.

 Jenayah siber yang sering dilaporkan adalah pencerobohan keatas web dan maklumat mangsa.. Beberapa penjenayah yang juga dikenali sebagai Hacker/Cracker dilaporkan menceroboh masuk ke dalam data-data milik kerajaan lalu membocorkan maklumat sulit kerajaan.. Juga terdapat hacker yang menceroboh masuk ke atas laman web peribadi mangsa dan melakukan aktiviti jahat mereka dengan menggunakan akaun web peribadi mangsa..





Langkah langkah mengatasi jenayah siber :-

  1. Kerjasama antara negara secara global
  • Perlu bekerjasama dgn negara laimUntuk meningkatkan keupayaan dlm menghadapi serangan siber.
  • Hubungan diplomatik yang baikBekerjasama  berkongsi maklumat dalam keselamatan komputer.
  • Menubuhkan unit pencegahan jenayah siber.
  • Pakat dari negara maju seperti Amerika, Britain dll.


  1.   Meningkatkan kemampuan anggota keselamatan.
  • PDRM dan suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia (SKMM) serta bank negara.
  • Melatih kakitangan untuk meningkatkan kemahiran dalam bisang forensik komputer.
  • Pendakwaan ke atas penjenayah siber lebih berkesan.
  1. Kerjasama antara kerajaan dgn syraikat serta pengguna komputer.
  • Syarkat yg ingin memulakan e-Dagang perlu melakukan langkag keselamatan terlebih dahulu.
  • Berkongsi masalah pencerobohan dan penggodam dgn kerajaan.
  •  Memberi cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan keselamatan maklumat
  1. Kajian terhadap hukuman.
  • Undang-undang sedia ada perlu dikaji keberkesanan oleh penggubal undang undang.
  • Bentuk hukuman juga perlu diberi tumpuan.
  • Hukuman berbentuk pemulihan.
  • Menggunakan kepakaran penjenayah siber untuk jalan yg baik.



  1. Pemantaun pihak berkuasa di alam siber.
  •  PDRM meronda di internet melalui unit 'Cyber Crime' Bukit Aman-membanteras jenayah siber di laman sosial spt facebook.
  •  Ancaman di laman sosial spt ugutan,propaganda perkauman dll.
  •  Kerjasama drpd SKMM dan cyber security Malaysia.


  1. Menerapkan pengetahuan mengenai jenayah siber.
  •   Penerapan di bangku sekolah lagi.
  •   Kepada masyarakat melalui media massa dan media elektronik.
  •   Memberi maklumay kepada masyarakat mengenai jenayah siber dan cara mengelak drpd menjadi mangsa.
  •  Melahirkan masyarakat celik teknologi dan maklumat
Kesimpulannya, kita perlulah mengelakkan diri kita daripada terlibat dgn jenayah siber dan sentiasa berhati hati supaya tidak menjadi mangsa kepada jenayah siber. Wink wink ;)